Tuesday, December 31, 2013

last day


hai n assalamualaikum u olss.so sad kan nak tinggalkan 2013.esok da 2014.and and and umur aku pon da meningkat naik.huhu

lagi beberapa jam lagi 2013 nak melabuhkan tirai besi, langsir n so on.sempena last entry untuk tahun 2013, aku nak ucapkan


hope untuk tahun depan aku nak hidup dalam keadaan aman dan bahagia disamping family, member2 and my mr mima.huhuhu.

soalan yang membuatkan orang rasa menyampah....

"apa azam tahun baru hang?"


hurm ekceli aku pon xtaw.hohoho...

Monday, December 30, 2013

its all about you



Oh, I've loved you from the start
In every single way
And more each passing day
You are brighter than the stars
Believe me when I say
It's not about your scars
It's all about your heart

Like a lock without the key
Like a mystery without the clue
There is no me if I cannot have you
-Mindy Gledhill-All About Your Heart-

hai n assalamualaikum u olss.aq still ingat lagi tarikh 14, 15, 16 and 17 disember 2013. hari dimana ada someone nie sanggup datang dari penang ke seri iskandar.

date - 14 disember 2013
day - sabtu
time - lebih kurang pukul 2 or 3 petang
caption - target nak lepak tasik, tapi hujan turun pakej dengan kilat guruh. so kami lepak kat kfc Bandar U jerrr...

date - 15 disember 2013
day - ahad
time - 11 pagi kod
caption - yuhuuu jalan2 p lumut.target nak p aeon seri manjung sebab nak tengok wayang. but wayang depa xbukak lagi.dok renovation pa kebenda xtaw.then kami ronda2 kat jeti pulau pangkor.

date - 16 disember 2013
day - isnin
time - 4 petang lebih kurang
caption - ekceli pagi tu aku ada site visit.then balik awal kami dan lagi kuar.hehe akhirnya dapat jugak lepak kat tasik utp.saja ambil angin.cehh

date 17 disember 2013
day - selasa
time - 5.15 petang
caption - arini aku ponteng koko.hehe sebab aku nak date lagi.yela ekceli dia balik penang pagi selasa.tapi ada sebab tertentu dia x jadi balik.so aku apa lagi...hehe..

to my mr mima/my mr doctor...
thanks sebab sanggup mai dari jauh semata2 nak bagi semangat. i really appreciate that.thank you very much dear.taw x arini ari kita kan?


thanks sebab selama 9 bulan nie 'ampa' selalu hepi kan 'kami' time sedih, layan perangai 'kami' yang kadang2 agak annoying, terlebih manja, sensitive ntah hapa2.another 3 month lagi and kita da cukup setahun.ekceli kita nie kenai bukan setahun kan.since 'kami' form 1 lagi.lagipon dulu orang tu mana la nak pandang. hot stuff la katakan.hahaha.and kalau nak ikutkan yang kita nie betoi2 kenai since 29 februari 2012. and start dari tu kita mecej2, calling2. 'ampa' tunggu kami selama setahun then baru kita declare. thanks for everything. 


p/s = walaupon kelihatan agak poyo, but ADA AKU KESAH??? lantak la nie blog aku,sukati aku la..werk2 :P

Friday, December 27, 2013

last friday


assalamualaikum n hai u olss.sedar x sedar kita sudah berada di ambang new year.(wah ayat gila baku). tetiba aku rasa sedih sangat.macam nie la aku. bila nak masuk new year mesti aku sedih semacam.aku pon xtaw.haihh.. apapon aku nak ucap


tadi aku saja la on fb.then aku jumpa status yang iqmal buat.


then aku baru tersedar. seyes arinie last jumaat untuk tahun 2013????????


sekejap kan da nak masuk tahun baru da.and aku nie da nak masuk 19 tahun da.mama dok cakap yang aku nie da tua.aku try laa cakap kat mama.

aku : "mama.kak da nak masuk umur 20 da.kiranya kak da boley kawen yea?"

mama : "GATAI!!!!"


hurmm okey......

Sunday, December 22, 2013

everything change


assalamualaikum n hai u olsss... hang merajuk x dengan aku sebab for a long time aku x hapdate?huahuahua i am sorry my dearest bloggy *nama baru? ye la semenjak aku da masuk belajar pa suma, aku da semakin busy. se'busy' aku nie perdana menteri pon kalah. then ditambahkan dengan line internet 'laju' macam *tutttt*.huh hampeh...

ekceli aku nak mmperkenalkan kat u olss rommate aku.entry nie aku buat khas untuk rommate aku kat uitm seri iskandar.

---> danita robin
minah sabahan.aku panggil dia dann. budak townplanning.muka chinese look.tapi yang peliknya dia kata xdak langsung darah chinese.pelik bin ajaib.aku selalu pinjam 'berokband' dann sebab nak on9.hee yela wifi sini gilerrr 'laju' beb. bila aku nak buka something kat internet guna wifi blok aku sempat lagi nak p kelas mandi makan tido then esok tu belom tentu da abis loading (gimik jaa sebenarnya.hoho). minah yang paling cool diantara roommate.xpernah aku tengok kesedihan hati dia.kadang2 aku pernah jugak terfikir, dann nie x rindu family ka?kata 1st time berjauhan dengan family tapi tengok macam cool gilaa..berbeza benar dengan aku yang selalu dok meraung melalak rindu mama. aku suka dengar dia gelak sebab aku pon boley berjangkit sama dok bergelak guling2 (fifi aku amik ayat hang jap.hee)

---> norhafizah binti khairudin
minah penang sama dengan aku tapi sekarang nie stay rumah abang dia kat kl.aku panggil minah nie fiza. budak fine art a.k.a seni halus. muka dia ada mix.xmacam muka pure melayu. fiza cakap yang kami nie kembaq sebab kami nie apa2 suma sama.kuat makan, rindu rumah (ekceli rindu mummy), perangai pon beley kurang sama jugak laa.orang bagi gelaran dekat fiza 'mystery girl' ngan 'travel girl'. yang mistery tu sebab ada kisah disebalik tabir. (aku taw kalau roommate aku baca sure pakat gelak gila2 punya). yang travel girl tu sebab minah nie selalu p melepak kat bilik kakak senior.then p melepak bilik classmate.lepas nie aku xtaw hang nak p melepak mana plak.hehehe.gila 'elergik' dengan boypren 'O'..hahahahaahahaaaa

---> siti hajar binti md noor
minah jitra, kedah.nama gelaran hajar laa hajat laa siti laa.hehehe. budak building.aku cakap dekat dia yang dia kena jadi mat bangla indon buat rumah.and aku plak kena jadi macam tukang kebun.minah nie dulu masa 1st2 dok sini mang nampak cool gila macam dann.but sejak dua menjak sebelum nak balik, dia da jadi macam partner aku meraung melalak nak balik.kami kalau nak feeling sedih2 nak nangis mesti buka lagu Pelengkap Hidupku.bahasa utara dia gila pekat.walaupon aku dengan fiza stay penang, tapi kami still xdapat tangkap certain ayat.minah nie obses dengan cerita Playboy Itu Suami Aku.and one thing, there have other story behind the scene..............misteri nusantara....... (aku da mereng sebenarnya...sila abaikan)


tepi dari depan
dann, fiza,hajar and aku


time mds a.k.a minggu destini siswa.


fifi toek.nama ja dok uitm yang sama.tapi nak jumpa gila payah.
*kena letak jugak pic dia sebab aku selalu amik fon dia dok tangkap gambaq.hee


hai. saya pelajar diploma senibina lanskap uitm seri iskandar...
*xdak function letak pic aku tapi ADA AKU KESAH!!!!! biaq la nie blog aku so aku boley buat apa yang aku suka..HAHAHAHAHAHAHAHAHAAAA *gelak setan

p/s. weyh kalau nama ampa silap sory taw.hee

Monday, December 02, 2013

dulu dulu kan...



dulu dulu kan.....
sebelum bangun tido,
ada orang yang tolong kejut kan,
sekarang,
kena bangun sendiri,
jam yang tolong kejutkan,
kalau bangun laa....

dulu dulu kan....
selepas da siap semua,
ada orang yang tolong buat breakfast,
sekarang,
kena buat breakfast sendiri,
kalau dah lambat,
xbreakfast la jawabnya...

dulu dulu kan...
sebelum pergi kelas,
ada orang bagi duit saku,
sekarang,
nak duit saku pergi bank la....

dulu dulu kan...
sebelum keluar nak pergi kelas,
ada orang hantar depan pintu,
sekarang,
kena tutp pintu sendiri,
kena kunci pintu sendiri,
huhuhu cedih....

dulu dulu kan..
selepas balik kelas,
lunch dah tersedia kat atas meja,
sekarang,
kat atas meja study kosong xdak makanan,
terpaksa ke kedai beli makanan sendiri la..

dulu dulu kan...
ada orang tolong masak,
makanan semua sedap2,
sekarang,
kena beli kat kedai,
makanan hampeh xsedap langsung...

dulu dulu kan..
baju letak dalam mesin basuh,
ada orang tolong basuhkan,
sekarang,
tangan nie la kena basuh,
sampai lenguh dok tenyeh baju...

dulu dulu kan...
sebelum masuk tido,
ada orang tu suruh masuk bilik tido,
sekarang,
sendiri mengantuk sendiri tido laaaa.....

dulu dulu kan..
aku banyak sangat idea nak post,
sekarang,
idea aku mana p xtaw...
haih....

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG,
DULU DOK NGAN FAMILY SEKARANG DOK NGAN MEMBE,
DULU DULU DULU TINGGAL KAT PENANG,
SEKARANG ADA KAT SERI ISKANDAR.


another 3 weeks. mama, kakak nak balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, November 15, 2013

before and after


assalamualaikum n hai u olss..ok fine esok aku da nak p da.huhuhu.sedih giler kod..


aku da siap packing da malam semalam.mama tolong.huhu t kat sana bila nak bawak kuar baju2 nak letak dalam almari aku nak suruh mama tolong la..huhuhuhuhu~~~~

ok aku da lost.idea nak update hilang p mana xtaw.maybe dah ada kat seri iskandar????

Thursday, November 14, 2013

checklist before masuk uitm


assalamualaikum n hai u olss..another two days before aku nak masuk uitm.kat ruang tamu kat dalam rumah aku da bersepah dengan barang2 aku yang nak bawak p sana.huihh berlambak kod.makngah aku pesan,
"before nak p sana, wat checklist dulu.then tick mana yang dah ada"

so nie antara senarai barang nak nak kena bawak. (aku ciplak kat blog orang nie.ampunkan patik penunggu gua)
p/s= nie untuk girls generation saja..

* baju kurung (tick)
* t-shirt (tick)
* seluar jean (tick)
* baju sukan (jersey/baju putih/baju yang nak pakai time riadah or sukan) (tick)
* seluar sukan (track suit) (tick)
* kain batik (xsure nak bawak ka x sebab aku bukan pakai pon)
* cardigan / sweater (tick)(tick)
* telekung (tick)
* sejadah (tick)
* stokin (tick)
* tudung (ada macam2 colour dah) (tick)
* baju putih time mds (tick)
 *baju tidur / pijama (tick)
* kasut hitam bertutup (tick)
* kasut sukan (tick)
* kasut sandal / kasut jalan2 / kasut p kelas (tick)
* kasut p jamban / toilet (tick)

* berus gigi and ubat gigi (tick)
* sabun mandi (tick)
* pencuci muka (tick)
* shampoo (tick)
* deodrant (tick)
* perfume (ayoyo belum ambil lagi kat dalam bilik) 
* powder (tick)
* nail clipper (ayo xdak lagi nie)
* baldi (tick)
* bakul sampah (tick)
* pad (huhuhu) (tick)
* mekap (foundation/bedak kompak/celak/eyeshadow/blusher/lipgloss n etc) (tick)
* cotton bud (tick)
* plastik sampah (xbeli lagi laaa)
* mini sewing kit (mama suruh bawak tp xsedia lagi)
* tuala (tick)
* sikat (tick)
* shower basket (tick)
* minyak gamat (x disediakan lagi)
* sabun basuh baju (tick)
* hanger (tick)
* pengepit baju (tick)

* sudu and garfu (x amik kat dapur lagi)
* stok makanan (beli kat sana nanti)
* pinggan/mangkut/mug (tick)
* botol air (tick)
* termos (ingat nak bawak)

* pendrive (tick)
* laptop (errr)
* ATM card/ kad bank islam (tick)
* bantal/selimut (tick)
* cadar and sarung bantal (tick)
* charger handphone and seangkatan dengannya (belum prepare lagi)
* jam loceng (tick)
* al quran/surah yassin (tick)
* iron (xbeli lagi laaaaaa)

* alat tulis (tick)
* kertas kajang (tick)
* pencil box (belum lagi)
* fail (tick)
* buku nota kecil (x sedia pon)
* buku kosong 2-3 buah (belum)
* beg jalan/beg p kelas (belum)
* kalkulator (aku xsure course aku nie perlukan kalkulator x)

apapon borang perndaftaran/borang medical checkup/filem x-ray kena dititipberatkan. kalau lupa barang nie meraung la kat sana. nie gambar barang2 aku nak nak bawak p sana. dok berlonggok kat depan lagi nie.


satu barang satu ringgit




apapon mima mesti kena bawak.barang penting nie.

haih pening kepala nak kemas letak dalam beg nie. migrain migrain~~~

uitm sri iskandar and me


hai and assalamualaikum u olss..hai xhabih2 lagi ngan logo/lencana uitm nie..hehehe..aku just nak sambung cerita.post lepas aku cerita pasai interview.so nak aku nak cita pasai result plak..

click to enlargement (ntah betoi x ayat aku nie?)

ALHAMDULILLAH..finally aku diterima jugak.result keluar 21 oktober 2013. nie fifi la terus call aku.aku nie punya la nak tengok sendiri.tengok2 minah nie da tengok da result aku.apapon syukur aku dapat.parents aku kan main seronok lagi.sabtu nie bersamaan 16 november 2013 aku da nak berangkat p sana da.aku da nak bermastautin kat sri iskandar da.huhuhu cedey sebenarnya....

barang2 aku da longgok da kat depan nie.tunggu nak kemas letak dalam beg ja.hai sayunya hati aku nie..macam2 pesanan yang aku dapat dari mama, tok and semua sedara2.

"dok sana jaga diri elok2"
"sembahyang jangan tinggal"
"dok sana ingat nak belajar kerana allah"
"belajar elok2"
"jangan nak buat perangai nak balik, baling ngan kayu nie"

macam tragis kan ayat last yang aku highlight nie.nie ayat paklang aku.hehehe yela aku mana pernah nak berenggang ngan mama.dulu time f1 dok asrama lam dua minggu ja.then lari balik.sampai aku nangis2 xmo masuk asrama. then aku masuk dok asrama time f6 aritu. tu pon tiap2 minggu fly balik umah. nie kalau da duduk universiti xkan nak balik tiap2 minggu kod kan.ongkosnya tinggi dong.so aku kena kuatkan diri aku.aku kena kuat.aku xmo buat perangai macam budak f1 nak masuk asrama 1st time.huhu. you can do it girl. chaiyok2!!!

hmm 2 hari lagi aku nak dok kat bawah ketiak mama..so sad....huwaaaaaa.....

Wednesday, November 13, 2013

interview uitm and me


Assalamualaikum and hai u olss.for along time i x update blog.disebabkan aku dah lama gilerrr x hapdate, so manyak gilerrr story telling.

first and foremost, mesti pelik kan ntah hape tetiba ada logo/lencana uitm kan??here the story begin....

..................................................................................................
so disebabkan aku punya result agak kureng, so aku xdapat la upu 1st intake.bila ada announcement uitm yang mengatakan bahawa permohonan 2nd intake dibuka (huwahh ayat baku gilerrr),so aku pon cepat2 la isi.

then dalam tengah or awal bulan september, aku buka website depa. tengok2...

click if uolss wanna see clearly

seriously walaupon just interview, aku rasa sangat soronok. so before nak p interview tu aku,mama n abah aku sibuk sangat nak prepare barang yang depa mintak tu..

tiba di hari aku nak p interview...aku rasa nervous derr..yela aku mana pernah p mana2 interview.seyes this is my 1st time kod.then bila aku masuk lam bilik khas or dikenali ruang menunggu, aku nampak izzni (membe sekolah rendah) n dayah (membe f6)..lega sebab ada jugak kawan yang aku kenai.tapi depa course lain2. izzni course interior designer, dayah course townplanner and aku nie course landscape architecture.

then after that kitorang (ceh baget kl derr) kena masuk dalam satu bilik nie.orang cakap bilik melukis.aku orang 1st masuk sebab nak cari tempat strategik.kat tengah2 dunia ada meja.then atas meja depa susun bongkah2.ada bentuk petak, triangle, segi 4 tepat, piramid and bulat. aku punya la amik tempat yang xpayah lukis bulat.then tengok2 depa p ubah letak bulat kat atas segala bongkah tu.

after lukis2 kena tunggu giliran nak p interview ngan orang2 depa.bila giliran aku sampai, dengan terketaq2 p la duduk ngan sopan santun and ala2 ayu tahap baguss punya.gilerr orang tu speaking xsudah2 ngan aku.naseb baik aku boley la nak speaking2 nie.alhamdulillah lepas la azab aku kena soal siasat ngan orang tu.nak p kat parking time nak balik tu abah tanya..

"result tu kuaq bila?"

bukan nak tanya aku camna tadi time interview...........


Monday, September 30, 2013

6 month already dear


assalamualaikum u olss.lama gilerr aq tak jengok ekau yerr wahai belog.i really miss u soo much..ok2 aku tak boley nak merapu lagi. ekceli tujuan utama lagi perdana menteri aq nak wish APPY ANNIVERSARY to my darling and i.


kat facebook kena cover2 sikit laa.law tak mungkin akan jadi 
'' happy anniversary SAYANG''
hihihi...

law kat TWITTER plak.....



jeng jeng jeng jeng...............

Monday, July 29, 2013

appy beleted azfar


hai and assalamualaikum u olss. long time no see rite? nie sebab lappy la koma selama seminggu sebab aq lupa nak bagi dia makan (charger). then bila aku nak cucuk cas, dia still xsedaq2. rupanya makanan tu da expired (charger aku rosak plak). so jenoh la aku kena p pinjam makanan (charger) orang. see alhamdulillah sedaq jugak lappy nie. syukur...

disebabkan lappy nie koma jugak la aku late nak wish appy bornday to adik bongsu aq yang sangat2 gerdiks!!!!


appy beleted bornday muhammad afif azfar.
moga panjang umur,
murah rezki,
jangan selalu buat perangai,
rajinkan diri untuk pegi sekolah,
jangan dok wat gedik sangat (lari topic)


daripada,
kakak yang cantik lagi comey ^^v
p/s = orang dok cakap yang muka kami sama. dah nama pon adik beradik kann...

Saturday, July 20, 2013

aku suka nyanyi!!!!!


hai and assalamualaikum u olss.. hmm tengah sedih sebab da nak balik asrama da.hurm~~..hehehe wat ayat pasrah sat. okey kita back to the subject. haa see nampak tak tittle gua? yes i admit, sebenarnya saya isteri dia!!!!!!! eh silap, sebenarnya saya suka dia!!!! hishh pasai apa nie didi.. okey2 sekali lagi. sebenarnya saya suka nyanyiiiii!!!!!!!!*suara ala ala soprano...

so kenapa aq suka nyanyi? err sebab aq suka nyanyi laa.you know what? bagi aq la bila aq nyanyi nie, aq ley release tension taw. orang kan salunya kalau tension suka menjerit or nangis. tapi aq nie pulak suka nyanyi. but sometimes tu aq akan menangis jugak la..heee..

aq taw orang akan cakap yang suara aq nie bukan sedap mana or ekceli mang tak sedap pon. tapi ada jugak orang dok kata suara aq nie ala ala-ala shila amzah. walawey!! kembang setimba doe. hahaha ekceli orang tu just nak sedapkan hati aq mybe. tapi xpa. aq sedar mang suara aq tak sedap kann...

anyway, biaq p la orang nak kata suara aq nie macam katak ka, burung nuri ka or hamster. asal kan aq ok, duit dalam kocek, hidup dengan sederhana. haa see aq dan lagi dok nyanyi nie. mang da tak boley nak buat apa da.. mang tabiat aq nie sukerrr nyanyi.. so sabo je laa....


hanya mampu karock kat karaoke 'jamban' ajerrr..


kat tempat mahal sikit
*muka dok focus nyanyi. sungguh tak boley blah!!! :D





p/s = sambil aq hapdate blog nie, sambil aq nyanyi lagu taylor swift, 22~~ saja nak habaq. byee u olsss

Thursday, July 18, 2013

pantang larang orang tua-tua


hai and assalamualaikum u olss. pernah dengar tak pantang larang orang tua-tua? yang ada certain lawak, pelik and ada jugak yang langsung tak masuk dek akal? pernah tak pernah tak? nie dia contoh2 pantang larang orang tua-tua.

# Jangan makan berubah tempat, nanti kawen ramai
--> mama aq selalu cakap macam nie. sebab aq nie makan rajin berubah. contohnya macam aku tengah makan atas meja, then aku berubah makan kat depan tv plak (kalau cita dalam tv cita syok). tapi 'the question mark'nya, betoi kah??? (wah dapat laki banyak la aku nanti *haloba)

# jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat laki tua
--> yes, mama again selalu kecek lagu nie kat aku. sebab aku nie mang suka sangat menyanyi x kira di mana jua aku berada. dah aku nie jenis yang suka nyanyi. tapi kalau betoi kan t dapat laki tua, aku sanggup xmo nyanyi dah kat dapur. x sanggup doe. mintak simpang malaikat 44

# jangan main time senja, nanti kena sorok dengan hantu
--> yang nie mang aku terima 300 percent. mang masuk akal. yala selalu time maghrib nie hantu suka berjalan-jalan. jiran aku sendiri da pernah kena da. err nanti2 la aku cita yerk..

# jangan angkat kaki time meniarap, nanti mak mati
--> (tersipu-sipu) ^-^v .tok dah pernah jugak la tegur aku, sebab mang aku suka wat aksi sebegini. ntah mybe da habit kod kan. ekceli pantang larang nie agak melampau kan. sampai babitkan mak kita. then kata nak bagi mak kita mati plak. huhuhuhu cedey taw T_T

# jangan duduk atas bantai, nanti bisul 
--> yang nie aku agree sangat sangat sangat. yala bantai kan kita nak letak kepala, nie yang hang p duduk tu pasai pa? buatnya kalau terkentut gimana dong?

# jangan bersiul/tiup seruling dalam rumah, nanti ular masuk
--> err erm *speechless

# jangan tuling jari kat pelangi, nanti jari kudung
--> time aku kecik2 dulu, aku pernah la tertuling jari kat pelangi. then membe(teman sepermainan) aku bagitaw nanti jari hilang, terus aku menangis. sebab takut jari hilang. so sampai sekarang nie aku seriau nak tuling jari kat pelangi. hahaha

# jangan makan leher ayam, nanti time bersanding kepala senget
--> mama aku dulu salu pesan kat aku ngan adik2. so sampai sekarang kami mang x makan leher ayam. terpengaruh la katakan..

# jangan duduk di tangga, nanti tak ada orang masuk meminang
--> dulu suka sangat main kawen2 kat tangga. so that's mean nanti xdak sapa la yang nak masuk minang aku???!!!!!!!!!!!!

# jangan tangkap gambar tiga orang, nanti salah seorang akan mati
--> wait!!!! aku dengan adik2 salu sangat tangkap gambar bertiga. walaupon aku nie 4 orang adik beradik, adik aku yang last tu bukan suka sangat fotogenik nie.

 huwaaa adakah pantang larang nie betoi2 kejadian ataupun cobaan??!!!

so to u olss, ekceli segala pantang larang nie berunsur nasihat. ya la orang dulu2 nie mang sangat mementingkan adat resam. mang ketat la undang-undang orang dulu2. tp aku still x puaih hati tang yang tangkap gambar 3 orang tu? betoiKAH??!!!!

Tuesday, July 16, 2013

alahai sayunya


07 ramadhan (amik berkat bulan ramadhan)

hai and assalamualikum u olss..sat ja kan da seminggu kita berpuasa. then dua minggu, tiga minggu, tengok2 esok da raya. yeahhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(eksaited lebey macam tak pernah raya..)

cakap pasai raya, sekarang nie orang da pakat pasang lagu raya da. p kat superpower supermarket da dengar da lagu raya.kat radio lagi. kat dalam tv. tak masuk lagi bila buka lagu raya kat mp3. merata orang dok pasang lagu raya da.padahal baru seminggu puasa. maybe sebab depa nie eksaited nak raya. semangat nak raya berkobar-kobar bak bendera jalur gemilang berkobar-kobar di angkasa. MERDEKA!!! MERDEKA!!! (pahal dari raya my kat merdeka nie??)

tadi time aku dok online, tetiba ja adik aku, alia pasang lagu raya. #nowplaying #SatuHariDiHariRaya.. meresap ke dalam jiwa beb. tetiba ja aku jadi sayu. ntah bila dengar ja lagu raya aku jadi touching sikit. yala maybe next year ntah dan tak kita nak sambut puasa lagi kan. alahai sayunya hati nie..

Wednesday, July 10, 2013

selamat menyambut ramadhan al-mubarak


hai and assalamualaikum u olss.hari ini bersempena 01 ramadhan (amik berkat), seluruh umat islam akan berpuasa. so kepada sesiapa yang rasa diri tu islam, sila lah puasa. jangan dok ponteng2 yea. law perempuan tu xpa becoz ada sebab yang munasarawaksabah. yang lelaki nie...

jaipp (Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) = "nie why u not not posa?"(speaking omputih)

lelaki = "saya uzur incik"

jaipp =  "uzur kepala lutut hang"

so kepada adik2 yang baru tahun nie nak start belajar puasa, sila kan yea adik2. ajarlah anak2 anda berpuasa.kalau x ajar sekarang bila lagi kan?nak tunggu sampai dia da besar baru nak bertatih anak2 anda berpuasa? da besaq gajah da mang tak la kan. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. wahh da macam penceramah bebas la plak kan.

"SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI UNTUK MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA"


selamat berpuasa to u olss..
and selamat hari raya.
*gedik wish raya awal. bg semangat sikit nak posa*
*pic raya dua tahun lepas. saja gedik nak bubuh*

Monday, July 08, 2013

miss my henpon


hai and assalamualikum u olss.now aku nulis nie dengan mood yang tak berapa elok.bukan sebab aku 'holiday in japan' yea. sebab aku tengah rindu something. (and also someone yang kini berada di johor.huhuhu). apadia yang something tu? curious nie...


haa tu. tengok tu apa yang aku pegang. seriously i miss my henpon. mesti pelik bin aneh kan pasai pa la aku nie dok kerinduan sama itu telepon? sebab sekarang nie henpon aku ada lam locker dalam pejabat asrama dalam sekolah.asbestol badigol so'od bebonar kann.okey-okey mari kita flashback..

khamis, 4 julai 2013.

di dorm kenanga, asrama puteri, smk dato' onn butterworth.

atas katil aku kat tingkat atas (katil double decker, aku dok kat atas), bersepah dengan buku2 (konon2 tunjuk rajin laa), segala harta karun dalam pencil case berterabur, ngan pen biru,hitam,merah,hijau,kuning, dengan highlight bermacam jenis warna, dengan bantai peluk,beg sekolah lagi,bear mima kesayangan and macam2 lagi la khazanah dunia bertimbun kat atas katil aku. (gimik ja lebey kann?). ekceli aku tengah tunggu giliran nak mandi. so sambil menunggu aku pon buat la nota sejarah.and sambil2 tu aku dengar lagu plus mecej dengan yang tersayang ^_^

then bila member aku, sue da abih mandi, turn aku plak p mandi. ekceli sebelum aku nak masuk mandi aku da rasa tak sedap hati da. lama aku pandang henpon aku nie.cam ada something nak jadi ja.so dengan hangat pa suma aku blah camtu ja p mandi..

bila da abih mandi aku pon nak balik bilik da.baru ja buka kasut nak masuk bilik,tetiba sue my kat aku sambil cakap

sue = adila, fon kita dah tak dak.

aku = p mana plak???

sue = kak zurin (penyelia asrama) masuk tadi. then dia rampas henpon kita.

aku = *tersentap

then aku p lari kat katil aku. huhuhu henpon aku da takdak. cuma tinggal charger ja.huuuuwaaaaaaaaaa nanak henpon balik.. dua hari aku menangis meratapi pemergian henpon. cengeng kan aku nie.mama taw yang aku bawak fon.aku da la dok jauh. bagan ajam dengan bukit mertajam jaoh kod.so law apa2 senang nak contact mama. tu yang aku bawak henpon tu...

walaupon aku just pakai henpon murah, tapi ianya tetap henpon yang boley tepon orang and mecej orang jugak. dear henpon, aku merindui mu sangat2..huuuwaaaaaaa!!!!!!


muka yang xberapa nak comey sikit..
but who cares????!!!!

Sunday, July 07, 2013

selamat hari lahir, mama


hai and assalamualaikum u olss. today, 07 07 2013, mama ku sayang menyambut hari lahir yang ke ~tut~.hehehe aip mana boley bagi tau umur my mama. but don't worry, my mama still young and forever young. tengok la sapa anak dia.heh *kembang hidung aku doe..

so, to my lovely mama,


happy birthday mama..
*moga panjang umur
*murah rezeki
*sihat selalu
*cantik and comey selalu (hoho)
*bahagia selalu

kelmarin, aku, adik, alia and adik sepupu aku, syada p jusco. first ingat p jusco sebab adik nak p beli barang. then depa bagi suggestion nak beli hadiah kat mama memandangkan esok(kelmarin) bornday mama. so pusing punya pusing kami ada berkenan satu tudung nie. 3 layer. seyes cantik gila bangang kod. aku try la p tanya harga tudung tu. 

aku = kak, tudung nie bapa kak?

tokey = rm seratus dot dot

aku, adik and alia = *ternganga

terkejut beruk matye der bila dengar harga tudung tu. so kami pon cau ja laa.cantik tu mang cantik. tapi cantik lagi harga dia tu.huhuhu. so adik pon ajak survey kerongsang plak. cari punya pilih punya cari balik then kami pon terbekenan la ngan dua kerongsang nie. dua kod beb we all rembat sebab cantik gilerrrr!!!!!


see, siap berkotak lagi tu. yang novel tu sekadar hiasan aje. tak dak kena mengena ngan ini wayang yea..memandangkan raya tahun nie tema kami suma warna grey, so aq pon pilih la warna grey tu. yang warna red adik yang pilih. nak harapkan si alia, hmm tidoq la kami suma kat jusco sampai esok.

muka annoying before p pilih barang....


p/s = before aku terlupa, aku nak wish happy bornday kat hasif sama. bornday depa sama la ngan bornday ex mak mertua..peace yaww...