Thursday, July 17, 2014

Iftar



assalamualaikum and hi u olss. tadi kolej aku buat majlis buka puasa bersama pengarah and bla bla bla. biasalah makan free siapa tamaw kan. mang laju ja kalau bab nie. time nie aweks-aweks semua pakat melaram sakan sampai balaks-balaks tengok tak kalih-kalih laa. hahahaha..


muka gumbira dapat makan free.
and one more thing, this is my besties.





apapon nie kesayangan saya. muah muah kiera..


malam tu saya pakai baju warna cream ala-ala baju tunang (roommate aku cakap)

p/s = esok aku balik penang. sebab ada date dengan doctor. call mama tadi, then dengaq Azfar cakap

"kakak, ada lagi 11 hari nak raya. yeahhhh"
"Azfar puasa ka?"

#nowplaying #BalikKampung #Sudirman

Monday, July 14, 2014

#DendangPerantau #PRamlee


16 ramadhan (ambil berkat)

assalamualaikum and hai u olss. yes cepatkan dah 16 ramadhan dah? dah nak raya dah kan? wah seronoknya !!!!!!

TAPI INGAT !! something yang seronok ni bukan selalunya bahagia. bukan selalunya happy. ye la aku nie dalam gembira terselit kedukaan. (choyy ayat!!). huhu sumpah aku sangat rindukan my beloved. siapa? pakwe? hey asal beloved mesti ingat pakwe. sorry tak main la pakwe makwe nie (ceh). ok sebenarnya aku rindu gila dekat family. aku rindu mama, rindu abah, rindu adik-adik aku yang sangat annoying, rindu tokdah, rindu ayah, rindu nak balik kampung, rindu rumah, rindu bilik, rindu bantai busuk (opss), rindu bilik air, rindu jiran (eh?). senang cakap aku rindu Penang....

KENAPA? MACAM LAH HANG TU BELAJAQ OVERSEA? PADAHAL BARU MINGGU LEPAS BALIK ! hey lantak aku lah. huhuhuhuhu. aku nie first time puasa sendiri. semua kena buat sendiri. nak sahur kena cari makan sendiri. nak iftar pon kena cari makanan sendiri. kalau tak, memang tak makan la aku. 

teringat dekat rumah. makan semua mama buat. nak sahur senang nak berbuka pon selesa. huwaaaa hukhukhuk T-T




iftar bersama dengan Kiera .



#nowplaying #DendangPerantau #PRamlee #rindu #family #tashabarnyerrr #nak #raya

Tuesday, July 08, 2014

Dugaan Ramadhan...



assalamualaikum and hai u olss. tudia setelah sekian lama aku tak update kan. so bersempena 10 Ramadhan (kejap ja dah 10 Ramadhan kan kan), aku nak cerita. yang nie kisah sedih taw....huhuuuu..

dak sekian lama dah aku tak demam teruk, baru-baru nie Allah nak uji aku. aku kena demam panas sampai tak boleh bangun. pakej dengan batuk, selesema and pening. even aku nak bangun pon macam nak jatuh.makan pon tak lalu. yala bila makan semua tak sedap. sampaikan kuih kegemaran aku, kuih sagu yang aku selalu borong kat makcik tu pon aku rasa macam payau. werk....

so kalau dah sakit mesti dok terbayang hospital, klinik, doktor, nurse, ubat, jarum dan yang sewaktu dengannyalah. 


blood test 03 Julai 2014. 
fine aku dah biasa. aku dengan jarum kan memang bestpren sejak azali lagi...


blood test 08 Julai 2014 (harini).
kena inject di kedua belah tangan kot. sebabnya nurse tu cakap urat aku nie halus sangat..
(p/s = kapas di sebelah kanan tu agak berserabut serabai dan sangat lenguh sekali -ohmyBM-)

see tak sampai seminggu aku kena inject sampai tiga jarum. aduhai apalah nasibku~~~~
mesti pelik kan apasal lah aku pakai baju yang sama. for your information, baju merah tu cardigan. hanya cardigan tu saja lah yang aku ada kat Penang. yang lain semua ada dekat Alor Setar..



alahai kalau dapat doktor nie sure aku buat-buat lambat baik. alololo my 'Kang Tae Joon oppa'


alololo comey gila ubat nie. sampai aku rasa tak sanggup nak telan. dah la color favorite....